Nama Windows 7 Di Gunakan Secara Rasmi

Nama Windows 7 Di Gunakan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Okt 14, 2008 oleh .

Setelah sekian lama membangunkan perisian sistem operasi Windows yang baru bawah nama kod “Windows 7”, hari ini, secara rasminya ia dinamakan Windows 7. Mungkin ramai yang sudah mengetahui mengapa ianya dinamakan Windows 7. Ianya dinamakan kerana ianya menggunakan Windows 7.0. Sebelum ini, Vista menggunakan Windows 6.0. Walaubagaimanapun, versi betanya masih menggunakan versi 6.1 sama seperti Windows Server 2008.

Image Hosted by ImageShack.us
Windows 7 Di Jangka Berada Di Pasaran Pada Awal 2010 [via]

Walaubagaimanapun, fungsi-fungsi baru dalam Windows 7 masih belum di perkenalkan oleh pihak Microsoft. Tetapi, ianya dijangka akan diberitahu kepada orang ramai dalam beberapa minggu akan datang melalui beberapa acara seperti PDC dan WinHec. Walaubagaimanapun, beberapa fungsi dan perkara baru yang akan diperkenalkan dalam Windows 7 adalah seperti Internet Explorer 8, Windows Media Player 12, Microsoft Paint yang serba baru, tema Aero sama seperti Vista, Windows PowerShell V2 and Integrated Scripting Environment (ISE) dan pelbagai perkara baru yang lain. Windows 7 dijangka akan mula berada di pasaran pada awal 2010.

Beberapa jam setelah Microsoft mengumumkan nama rasmi Windows 7, pelbagai pihak dan penggunanya tidak berpuas hati dengan namanya. Ada yang mengatakan ianya akan kelihatan lebih menarik sekiranya ditulis seperti Windows Seven, Windows Vii dan sebagainya. Sekiranya anda perhatikan, kini lebih banyak perisian dan aplikasi yang dikeluarkan dengan nama-nama yang lebih menarik perhatian seperti Intrepid Ibex, Snow Leopard, Android dan macam-macam lagi.


TIPS & ULASAN