Setelah melancarkan Silverlight 2.0, Microsoft mengumumkan mereka masih tidak menyokong iPhone keluaran Apple. Walaubagaimanapun, mereka mengatakan ada kemungkinan mereka akan aplikasi sokongan Silverlight untuk Google Android T1.
Silverlight Untuk Google Android T1?
Microsoft mengatakan perbincangan awal mereka bersama Apple menemui jalan buntu sama seperti yang berlaku pada Adobe Flash. Oleh itu, mungkin tiada aplikasi Silverlight dibangunkan untuk platform iPhone untuk masa terdekat. Walaubagaimanapun, terdapat kemungkinan besar ianya akan menyokong Android kerana Android merupakan perisian sumber terbuka, dan sesiapa sahaja boleh mengubahsuai atau membangunkan aplikasi untuknya.
Sebelum ini, Microsoft telah melancarkan Silverlight 2.0 untuk sistem operasi Mac dan tentunya Windows, selain mengatakan perisian Silverlight untuk Linux sedang dibangunkan oleh Novell.