Firefox 3.1 Beta 1 Lebih Pantas Dari Chrome

Firefox 3.1 Beta 1 Lebih Pantas Dari Chrome

Diterbitkan pada Okt 15, 2008 oleh .

Setelah berjaya membuat rekod dunia sebagai perisian yang dimuat-turun dengan banyaknya dalam tempoh 24 jam melalui Mozilla Firefox 3, pihak Mozilla melangkah kedepan lagi dengan Mozilla Firefox 3.1 Beta 1.


Fungsi CTRL + Tab Pada Firefox 3.1 Beta 1

Versi terbaru pelayar Firefox ini kelihatan lebih pantas dengan penggunaan enjin TraceMonkey JavaScript. Malah ianya lebih pantas daripada enjin Google Chrome versi 8.

Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan melalui Firefox 3.1 Beta 1 adalah:

  • Penggunaan CTRL + Tab untuk menukar tab.
  • Drag dan drop tab dari satu tetingkap ke tetingkap lain.
  • Sokongan fail OGG tanpa sebarang plugin tambahan
  • Dan pelbagai perkara baru yang lain. Anda boleh mencubanya samaada pada sistem operasi Windows, Mac, mahupun Linux. Selain daripada itu, anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Firefox 3.1 Beta 1 melalui kenyataan rasmi mereka.


    TIPS & ULASAN