Cari @ Amanz

Automattic, syarikat yang mana membangunkan WordPress, hari ini telah membeli PollDaddy, untuk suatu nilai yang tidak dinyatakan. Dengan pembelian PollDaddy, ianya memberikan Automattic akses kepada teknologi undian yang digunakan oleh PollDaddy.

Dengan pembelian aset ini, ianya memberikan akses serta-merta kepada para pengguna WordPress.com untuk menambah poll pada blog mereka dengan hanya beberapa klik sahaja. Bagi pengguna yang memasang pada server sendiri pula, mereka boleh menambah PollDaddy dengan penggunaan plugin. Mungkin pada versi akan datang, ianya akan diintegrasi secara sepenuhnya.


Tambahan Polldaddy Pada WordPress.com

Sebelum ini, Automattic telah membeli IntentseDebate, sebuah syarikat yang menyediakan khidmat komen secara interaktif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd