Blogger in Draft Memperkenalkan Fungsi Baru

Blogger in Draft Memperkenalkan Fungsi Baru

Diterbitkan pada June 30, 2008 oleh .

Google terus-menerus menaik taraf perkhidmatan hosting blog percuma mereka dari semasa ke semasa. Ketika UNiSEL kecoh mengenai pemecatan Naib Canselornya, Blogger in Draft mempersembahkan ciri-ciri Blogger yang baru dan juga pelbagai bug fixes. Kini, anda boleh memilih Blogger in Draft sebagai panel utama (dashboard) anda dan mengikuti perkembangan Blogger in Draft secara terus. Selain daripada itu, ciri-ciri menarik yang baru diperkenalkan adalah:

Star Rating
Kini anda boleh memasukkan ciri sama seperti blog aMaNz, dimana meletakkan Star Rating dan ketahui kepopularan sesuatu artikel.

Backup Artikel dan Komen
Anda boleh memuat-turun data-data mengenai blog anda seperti artikel dan komen melalui satu fail, dan memuat-naiknya kembali sekiranya blog anda menghadapi sebarang masalah.

Tempat Komen di bawah Artikel
Setelah sekian lama ramai pengguna menginginkan fungsi ini, akhirnya Blogger memperkenalkannya. Kini pembaca tidak lagi perlu ke muka khas untuk memberikan komen, kerana mereka boleh melakukannya di bawah artikel anda sama seperti WordPress.

Walaubagaimanapun, fungsi-fungsi ini masih dibawah Blogger in Draft yang bermakna, ianya masih dalam peringkat percubaan, dan mungkin terdapat berberapa permasalahan yang masih tidak diketahui.


TIPS & ULASAN