Google Mengemaskini Chrome Ke Versi 0.3.154.3

Google Mengemaskini Chrome Ke Versi 0.3.154.3

Diterbitkan pada Okt 16, 2008 oleh .

Google sekali lagi mengemas-kini pelatar web mereka – Google Chrome. Selepas 12 hari melepaskan Google Chrome 0.3.154.0, kini versi terbarunya, Chrome 0.3.154.3 boleh dimuat-turun.


Google Chrome 0.3.154.3 Sedia di Muat-Turun [via]

Melalui versi terkini pelayar Google ini, beberapa permasalahan telah diselesaikan, dan antaranya ialah;

  • Sokongan yang lebih stabil untuk tablet-PC yang menggunakan Vista
  • Kini, sekiranya anda memuat-turun sesuatu fail, ianya akan di simpan dengan nama unconfirmed_*.download dan akan ditukar nama hanya jika anda save fail berkenaan. Sekiranya anda tidak menyimpan fail tersebut, maka ianya akan dipadamkan ketika anda menutup tetingkap Chrome anda.
  • Perubahan teks di tetingkap About kepada teks ke beberapa perisian sumber terbuka yang digunakan dalam pembangunan Chrome
  • Sepanjang minggu ini, beberapa pelayar web yang telah mengeluarkan versi terbaru perisian mereka. Semalam, Mozilla memperkenalkan Firefox 3.1 Beta 1, dan sebelumnya Flock memperkenalkan Flock 2.0. IE8 masih belum dikeluarkan oleh pihak Microsoft, dan terdapat ura-ura mengatakan ramai yang masih belum mencuba IE7. Untuk senarai penuh kemaskini Google pada pelayar webnya, anda boleh merujuk di laman rasmi mereka.


    TIPS & ULASAN