Sudah sekian lama tiada laman baru yang dibangunkan khas untuk pengguna tempatan. Negaraku, MsjBox, dan ShoutMix antara laman web 2.0 yang berjaya menambat hati pengguna-pengguna tempatan. Kini, satu lagi laman sosial memasuki arena internet tempatan dengan nama Ikon.my. Adakah ianya akan berjaya menambat hati rakyat Malaysia?
Antaramuka Laman Ikon.my
Sebelum ini, terdapat beberapa laman sosial tempatan seperti MyKawan, MyRakan dan sebagainya. Ikon.my pula dibangunkan oleh Ahmad Faisal yang mana kini sedang mengikuti pengajian di Australia. Ikon.my dilancarkan pada 15 Oktober 2008. Saya masih kurang pasti dengan platform yang digunakan dalam pembangunan laman berkenaan.
Laman ini mengintegrasikan Google Maps dalam menunjukkan kedudukan tempat tinggal semasa pengguna, disamping mempunyai fungsi-fungsi biasa laman sosial seperti blog, group dan galleri. Ikon.my juga mempunyai ruangan sembang mereka tersendiri, dan juga khidmat instant messaging berasaskan web.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak pembangun adalah seperti tidak memperlihatkan pilihan apa yang diundi oleh pengguna. Sebagai contoh, melalui satu topik undian yang dijalankan, kita boleh melihat apa yang diundi oleh pengguna-pengguna lain. Selain daripada itu, ianya akan kelihatan lebih baik sekiranya pembangun laman tersebut – Ahmad Faisal menggunakan nama sendiri pada laman profail beliau berbanding dengan nama nick – MrAhFa. Mungkin beliau juga perlu bangunkan laman blog khas untuk laman Ikon.my. Mungkin rekabentuk laman juga perlu dibaiki sedikit. Di samping itu, sekiranya ianya masih dalam proses pembangunan, mungkin beliau boleh menambah perkataan beta atau alpha pada logo laman tersebut.