MSN Groups Berpindah Ke Multiply

MSN Groups Berpindah Ke Multiply

Diterbitkan pada Okt 16, 2008 oleh .

Adakah anda pengguna tegar MSN Groups? Jadi anda tentunya telah mendengar berita terbaru mengenainya, yang mana ianya bakal ditutup, dan kesemua datanya akan dibawa ke laman Multiply. Microsoft bakal memperkenalkan Windows Live Groups pada bulan November kelak, dengan rupa yang serba baru. Microsoft juga menyatakan para pengguna akan mempunyai masa sehingga 21 Februari 2009 untuk memindahkan data mereka ke Multiply.


Data MSN Groups Berpindah Ke Multiply

Tetapi, mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa ia tidak membawa data sedia ada ke laman barunya. Saya juga tertanya-tanya mengenainya. Setelah membuat sedikit pencarian mengenai MSN Groups, beberapa perkara dapat diketahui.

Sebelum ini, MSN Groups pernah memindahkan data-data perbincangan 18+ ke World Groups beberapa tahun dahulu. Namun begitu, laman MSN Groups masih dipenuhi dengan perbincangan berunsur lucah, disamping spam yang tinggi. Microsoft tidak ingin membawa data-data sebegini ke laman Windows Live Groups-nya. Ini adalah kerana, melalui Live, segalanya digabungkan. Daripada Live Messenger ke Live Space. Mungkin Live Groups juga bakal digabungkan dengan perkhidmatan yang lain, dan tentunya data-data sebegini dihubungkan antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, timbul persoalan samaada adakah laman Windows Live Groups tidak akan di limpahi spam seperti MSN Groups, dan apakah langkah Microsoft untuk menanganinya.


TIPS & ULASAN