Yahoo! dalam usaha untuk menjadikannya laman sosial terbesar, hari ini memperkenalkan Yahoo! Profiles dengan profail universal. Ianya kini boleh diakses oleh semua pengguna di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam keadaan beta.
Rekabentuk Yahoo! Profiles Yang Baru
Yahoo! Profiles dikatakan salah satu elemen utama dalam usaha Yahoo! Open Strategy, merekabentuk semula Yahoo! menjadikannya lebih terbuka dan sosial. Sebelum ini, melalui Yahoo! Messenger 9, Yahoo! telah mengintegrasikan fungsi-fungsi seperti MyBloglog, Twitter, Yahoo! Buzz, disamping fungsi menarik untuk pembangun laman web dan blog. Yahoo! juga tidak lama lagi akan memperkenalkan rekabentuk baru untuk laman utamanya, dengan integrasi sepenuhnya ke laman-laman sosial terkemuka lain.