Mozilla Fennec – Firefox Versi Mudah Alih

Mozilla Fennec – Firefox Versi Mudah Alih

Diterbitkan pada Okt 18, 2008 oleh .

Setelah mengeluarkan Firefox 3.1 Beta 1 pada awal minggu ini, hari ini pihak Mozilla telah mengeluarkan pelayar web Firefox mudah alih yang dinamakan Fennec. Buat masa ini anda boleh mencuba versi Alpha 1 yang dikeluarkan khas untuk pengguna Nokia N810 Internet Tablets.


Pandang Pertama Mozilla Fennec Alpha 1

Walaubagaimanapun, sekiranya anda tidak mempunyai gajet tersebut, anda masih boleh mencubanya di PC anda yang menggunakan Windows, Linux ataupun Mac. Mozilla mengeluarkan versi untuk PC agar para pembangun yang tidak mempunyai Nokia N810 boleh membangunkan aplikasi disamping membantu menambah-baik perisian Fennec ini.

Antara perkara menarik pada Mozilla Fennec adalah:

  • Akses pantas ke pelbagai enjin carian.
  • Fungsi Tab yang memperlihatkan thumbnail laman web.
  • Penghalang Pop-Up.
  • Pengurus kata laluan.
  • …dan pelbagai perkara menarik lagi.
  • Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti oleh pihak Mozilla sendiri seperti penggunaan masa yang agak lama untuk loading sesuatu laman web, tidak boleh menggunakan plug-in, dan folder bookmark yang masih belum digunakan sepenuhnya.


    TIPS & ULASAN