Cari @ Amanz

Hari demi hari, pihak Automattic membuat pelbagai inovasi untuk menepati citarasa para pengguna WordPress. Terkini, mereka dalam proses membangunkan versi 2.7 untuk WordPress yang mana bakal memperkenalkan rekabentuk panel admin yang baru. Kali terakhir mereka memperkenalkan rekabentuk baru adalah pada versi 2.5.


Halaman Menulis Post Pada WordPress 2.7 [via]

Antara perkara baru yang bakal diperkenalkan melalui WordPress 2.7 adalah:

  • API kemaskini tema, sama seperti yang dilakukan untuk plugin
  • Membalas balik komen melalui panel admin
  • PHPXref dihost pada laman WordPress.org
  • Pautan pantas papan kekunci untuk approve komen.
  • Pelayar komen dimasukkan sekali, beserta dengan satu-klik untuk pemasangan.
  • …dan pelbagai perkara baru lagi.
  • WordPress 2.7 versi percubaan atau lebih dikenali sebagai beta akan dikeluarkan tidak lama lagi oleh pihak Automattic. Tetapi, sekiranya anda ingin mencuba, anda boleh memuat-turun fail pembangunan WordPress terkini. Anda boleh mencubanya pada localhost, tetapi tidak dicadangkan untuk digunakan pada laman blog anda yang sedang berjalan.

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd