Dulu KCBox, Kini HotPicBox

Dulu KCBox, Kini HotPicBox

Diterbitkan pada Okt 19, 2008 oleh .

Adakah anda menggunakan web luar seperti ImageShack atau Photobucket untuk hos gambar dan imej diblog anda? Jika ya, anda mungkin boleh mencuba HotPicBox, yang mana dibangunkan oleh rakyat Malaysia, malah lokasi servernya yang juga terletak di Malaysia, memastikan imej anda di load dengan lebih pantas.


Laman HotPicBox

Sebelum ini, ianya dikenali sebagai KCBox sebelum ditukar nama ke HotPicBox pada minggu ini. KCBOx dimulakan lima bulan yang lalu, namun oleh kerana penggunaan namanya yang tidak begitu menunjukkan identitinya sebagai pengehos imej, maka ianya bertukar kepada HotPicBox. Walaubagaimanapun, gambar-gambar yang di hos di KCBox tetap boleh digunakan, cuma gambar-gambar baru akan dihos di HotPicBox.

Ketika ini, terdapat sebanyak 4,988 imej dihos di KCBox, dan HotPicBox yang baru sahaj dilancarkan sudah mempunyai sebanyak 226 imej (ketika artikel ini ditulis). Sama seperti servis-servis lain, HotPicBox membolehkan pengguna memuat-naik gambar dari PC atau melalui URL sehingga sebesar 1.025 Mb. Ianya amat sesuai bagi pengguna yang inginkan gambar mereka di load dengan lebih pantas kerana servernya yang terletak di Malaysia.


TIPS & ULASAN