Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan laman Ikon.my pada 15 Oktober yang lepas, hari ini, laman Ikon menambah satu lagi fungsi baru, iaitu fungsi seakan laman Negaraku, iaitu fungsi mengundi artikel kegemaran. Fungsi ini dikenali sebagai Dig Blogs.


Rekabentuk Dig Blogs di Ikon.My

Menariknya, laman tersebut juga mampu menarik imej yang diletakkan di dalam artikel yang ditulis dan meletakkannya di sebelah tajuk artikel sama seperti laman Digg yang sebenar. Mungkin mereka patut mengeluarkan plugin khas untuk WordPress ataupun menyediakan support bagaimana untuk menambah fungsi menghantar artikel seperti mana yang disediakan oleh Negaraku.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd