Carian
Kod Sumber Android Menemui Pembangun
October 22, 2008 Aman

Hari ini, Android bakal dikeluarkan secara rasminya ke pasaran oleh T-Mobile, dan satu lagi berita gembira adalah, kod sumber Android juga dikeluarkan oleh Google untuk para pembangun secara percuma.


Logo Kod Sumber Terbuka Android

Kini, sekiranya anda seorang pembangun aplikasi, anda boleh menambah fungsi-fungsi baru yang menarik minat anda kedalam Android dengan mudah. Selain daripada itu, beberapa laman juga telah menunjukkan sokongan untuk Android, seperti MySpace, Shazam dan juga Imeem. Mungkin tidak lama lagi, kita dapat melihat Negaraku ataupun Ikon.My mempunyai aplikasi tersendiri pada Android. Sekiranya anda tidak mampu untuk membeli telefon bimbit dengan aplikasi Android, anda boleh mencuba simulasinya pada komputer anda dengan percuma.

Komen