Cari @ Amanz

Laman sosial Muslim terbesar, Muxlim bakal melancarkan dunia maya khas untuk warga Islam di seluruh dunia. Muxlim dimulakan pada April 2006, dan sejak itu telah membangun dengan drastik.


Muka Hadapan Muxlim.com

Dunia maya yang dijangka akan dilancarkan dalam masa lebih kurang 4 minggu lagi, lebih kepada permainan popular Second-Life, cuma ianya lebih kepada ciri hidup orang Islam, seperti lengkap dengan ruang solat dan juga pemain perempuan yang bertudung. Selain daripada itu, Muxlim juga dijangka akan menyediakan akaun VIP, hadiah maya, pakaian maya, dan sebagainya untuk menampung kos server dan kos-kos lain yang berkaitan.

Muxlim dilancarkan pada April 2006 di Finland, dan sehingga sekarang mempunyai lebih daripada 1.5 juta pengunjung tetap setiap bulan, sekali gus menjadikannya laman sosial Muslim terbesar di dunia.

Di Kemaskini : Muxlim telah dimulakan pada April 2006. Terima Kasih kepada Mek.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd