Carian
Google Memperkenalkan Auto-Reply
October 23, 2008 Aman

Google memperkenalkan fungsi baru pada perkhidmatan emelnya yang dikenali sebagai Canned Responses. Melaluinya, anda boleh set pada akaun GMail anda supaya menghantar emel secara automatik ketika anda tidak online


Pilihan Canned Responses Pada GMail

Anda kini boleh membuat auto-reply pada GMail anda, walaupun anda tidak online pada ketika itu. Melalui Canned Responses anda boleh membuat dua perkara, iaitu menyediakan templat emel yang mana seterusnya akan dihantar secara automatik mengikut tetapan yang telah anda buat. Selain daripada itu, berbeza dengan penyedia perkhidmatan emel yang lain, anda boleh membuat tetapan agar setiap emel yang dihantar melalui Canned Response adalah berlainan untuk setiap filter yang berlainan.

Komen