Sudah sekian lama Google tidak memperkenalkan fungsi baru untuk aplikasi Analytics-nya. Selain daripada itu, Yahoo! juga baru-baru ini telah melancarkan Web Analitycs-nya yang tersendiri. Oleh kerana itu, pihak pembangun Google Analytics akan memperkenalkan 6 fungsi-fungsi baru pada minggu-minggu akan datang.
Adsense Pada Google Analytics
Perkara utama yang amat menarik minat para pengguna adalah integrasinya dengan Google Adsense. Mungkin suatu fungsi yang patut diperkenalkan dalam Adsense sebelum ini, tetapi pihak Google mengambil langkah untuk mengintegrasikannya dengan Analytics. Melaluinya, anda boleh mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan iklan Adsense anda dan bagaimana prestasi iklan Adsense pada blog anda.
Selain daripada Analytics untuk Adsense, Google juga memperkenalkan fungsi-fungsi lain seperti;
Untuk mendapat pandangan yang lebih menarik berkenaan dengan kemaskini-kemaskini ini, Google menyediakan koleksi video khas berkenaan dengannya di laman YouTube. Anda juga boleh membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan fungsi-fungsi ini di forum khas untuk Google Analytics.