Pautan G1 Pada Muka Utama Google

Pautan G1 Pada Muka Utama Google

Diterbitkan pada Okt 23, 2008 oleh .

Google hari ini mengambil pendekatan baru dengan mempromosikan telefon bimbit G1 pada muka utamanya. Sebelum ini, Google pernah mempromosikan Google Chrome, GMail dan sebagainya, tetapi ini kali pertama ia mempromosikan gajet di laman utamanya.


Laman Utama Google Antarabangsa

Google meletakkan pautan ke halaman khas Android di muka hadapannya, yang mana di pautan tersebut Google mempromosikan produk-produknya yang terdapat pada T-Mobile G1.

T-Mobile melancarkan secara rasminya telefon bimbit yang menggunakan aplikasi Android semalam, di San Fransisco. Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang ura-ura kedengaran berkenaan kehadiran telefon bimbit tersebut di Malaysia.

T-Mobile G1 didatangkan dengan fungsi carian Google, peta dari Google Maps, fungsi kalender, sembang dengan rakan melalui GTalk, menghantar dan menerima emel melalui GMail, menonton video dimana sahaja melalui YouTube.


TIPS & ULASAN