Ingat lagi mengenai syarikat pengiklanan internet ke-4 di Malaysia, GoKita? Ketika memasuki laman tersebut hari ini, saya tersedar yang mana syarikat itu tidak lagi menyediakan khidmat pengiklanan di internet, malah telah berubah menjadi sebuah direktori.
Di Manakah GoKita?
Hal ini disedarkan oleh Joe yang mana meninggalkan komen di laman MohdIsmail. Sebelum ini, GoKita memasuki pasaran Malaysia dengan nama Nufflets, yang mana dikatakan gabungan nama Advertlets dan juga Nuffnang. Setelah beberapa lama kemudiannya mereka menjenamakan semula laman mereka sebagai GoKita.
Dengan ini, kita boleh simpulkan yang mana syarikat pengiklanan internet di Malaysia hanya tinggal 7 sahaja lagi. Adakah anda pernah menerima sebarang bayaran daripada GoKita?