MySpace Mencuba Profail 2.0

MySpace Mencuba Profail 2.0

Diterbitkan pada Okt 27, 2008 oleh .

MySpace teruskan pembaharuan lamannya dengan memperkenalkan rekabentuk profail yang baru dan juga editor yang baru. Melalui percubaan yang baru ini, para pengguna boleh drag dan drop modul, mencuba pelbagai tema yang baru menggunakan aplikasi flash yang menarik.


Pilihan Untuk Menggunakan Profail 2.0 di MySpace


Pilihan Untuk Menggunakan Profail 2.0 di MySpace

Walaubagaimanapun, ianya masih belum diaplikasikan sepenuhnya ke laman utama MySpace. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu ke MySpace Kanada, dan seterusnya pilih Edit Profile dan anda akan diberikan pilihan untuk mencuba Profail MySpace 2.0 yang baru.

Sebelum ini, MySpace memperkenalkan rekabentuk baru. MySpace juga pernah memenangi anugerah web terburuk ketika ianya menggunakan rekabentuk laman yang lama. Kini, nampaknya seperti MySpace sedang cuba membuatkan lamannya menarik minat pengguna, disamping bersaing dengan Facebook yang menggunakan rekabentuk yang bersih.


TIPS & ULASAN