Microsoft Melancarkan Windows Azure

Microsoft Melancarkan Windows Azure

Diterbitkan pada Okt 28, 2008 oleh .

Microsoft telah mengumumkan mengenai pembangunan versi baru Windows yang mana dijalankan menerusi internet secara terus dari server Microsoft. Sistem operasi baru ini dinamakan Windows Azure, yang mana kini lebih ditujukan kepada pembangun untuk membangunkan aplikasi baru, sebelum ianya bersedia untuk dipasarkan secara lebih meluas.


Persembahan Windows Azure di PDC 2008 [via]

Dengan pelancaran Windows Azure ini, Microsoft terpaksa bersaing dengan beberapa aplikasi dalam talian yang lain seperti Google Apps dan yang lain. Google menyediakan Google Docs, Perkhidmatan emel, Google Sites dan perkhidmatan lain dengan percuma, ataupun membayar sedikit caj perkhidmatan sekiranya ingin menjenamakannya dibawah nama domain anda. Microsoft juga menyediakan video khas untuk Windows Azure ini yang mana anda boleh tonton untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas mengenai produk yang bakal dilancarkan oleh Microsoft ini.


TIPS & ULASAN