Google Mengintegrasi Gadget Pada GMail

Google Mengintegrasi Gadget Pada GMail

Diterbitkan pada Okt 29, 2008 oleh .

Kini, ramai pengguna internet yang menghabiskan maasa yang agak lama pada emel mereka. Jadi, ianya menjadi satu keperluan untuk mempunyai seberapa banyak maklumat yang boleh pada aplikasi emel mereka, seperti kalender untuk mengetahui agenda dan sebagainya.


Google Gadget Pada GMail

Menyedari perkara ini, Google hari ini memperkenalkan Google Gadget pada aplikasi emelnya – GMail. Anda kini boleh menambah Gadget dari Google seperti Google Calender dan juga Google Docs pada GMail anda.

Melaluinya, anda boleh melihat agenda mesyuarat, aktiviti akan datang, ataupun dokumen yang baru diubahsuai atau dimuat-naik pada Google Docs. Google sebaik mungkin berjaya mengintegrasikan kesemua servisnya bagi meningkatkan kualiti sesuatu servis. Sebelum ini, Google berjaya mengintegrasikan Google Adsense dan juga Analytics bersama. GMail juga dibangunkan dengan drastik akhir-akhir ini seperti pengenalan emoticon, auto-reply, GMail Mobile 2.0 dan sebagainya.


TIPS & ULASAN