Google hari ini melancarkan Google Apps Labs yang mana memperkenalkan platform untuk aplikasi cubaan yang mana boleh digunakan pada Google Apps anda.
Halaman Google Apps Labs
Melalui Google Apss Labs ini, anda boleh menambah aplikasi pihak ketiga pada Google Apps anda untuk digunakan samaada untuk keperluan bisnes atau pun untuk keperluan sekolah. Sehingga kini, terdapat lebih kurang 3 aplikasi yang telah ditambah (ketika artikel ini ditulis), dan ianya dijangka akan meningkat dalam masa terdekat. Sekiranya anda seorang pembangun aplikasi dan inginkan aplikasi anda digunakan oleh jutaan pengguna internet, mungkin anda boleh turut menambahnya di Google Apps.