Office 14 – Aplikasi Pejabat Dari Microsoft

Office 14 – Aplikasi Pejabat Dari Microsoft

Diterbitkan pada Okt 29, 2008 oleh .

Microsoft bakal memperkenalkan versi ringan perisian Office-nya seperti Word, Excel, PowerPoint dan One Note yang mana direka bentuk untuk diakses hanya melalui pelayar web sama seperti Google Docs. Aplikasi dalam talian ini yang mana diberi nama Office 14 boleh diakses menggunakan pelayar Internet Explorer ataupun Mozilla Firefox.


Microsoft Office Pada Web [via]

Walaupun ramai yang menjangkakan Microsoft bakal mengguna pakai teknologi Silverlight miliknya, ianya disangkal oleh Microsoft. Office 14 bakal hanya menggunakan HTML dan juga javascript sama seperti yang digunakan oleh Google pada Google Docs.

Sehingga kini, Microsoft masih belum mengumumkan bagaimana ianya akan mengenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatannya itu. Buat masa sekarang, para pengguna boleh mencuba Office Live Workspaces yang mana tidak mengenakan sebarang bayaran. Walaubagaimanapun, untuk menggunakan Office Live Workspaces, anda perlu gunakan pelayar web Internet Explorer ataupun Mozilla Firefox sahaja. Minefield tidak disokong oleh Office Live Workspaces.

Buat masa kini, Office 14 masih belum dilancarkan secara rasmi, namun anda boleh melihat video yang menunjukkan bagaimana rupa dan Office 14 bakal kelihatan. Sebelum ini, OpenOffice.org telah memperkenalkan aplikasi pejabat mereka dalam talian.


TIPS & ULASAN