Hari ini, genap 100 hari laman Negaraku! dilancarkan sebagai laman bookmark yang mana menggunakan Pligg sebagai CMS utamanya. Sebelum itu, laman Negaraku! merupakan laman berita yang mana kemudiannya dipindahkan ke subdomain News.
Laman Tanda Sosial – Negaraku!
Apa yang menariknya, berbeza dengan laman-laman yang seumpamanya yang lain seperti Layan dan RockYourVote, Negaraku! menyediakan plugin khas untuk pengguna WordPress (yang mana diguna pakai oleh rakyat Malaysia dengan banyak), dan koding khas untuk Blogspot dan juga laman web yang lain.
Namun begitu, laman Negaraku! masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki seperti;
Selain daripada itu, perkara lain yang diperkenalkan oleh Negaraku! amat menarik. Mungkin juga pihak pembangun laman berkenaan boleh memperkenalkan widget yang menunjukkan artikel terhangat pada sesuatu hari yang mana boleh ditambah pada blog para penggunanya.
Negaraku! merupakan antara laman sosial tempatan yang berjaya. Ia berjaya mendapat lebih 1000 pengunjung pada hari pertama ianya dilancarkan. Artikel pertama yang dihantar bertajuk Negaraku! – Hungry for Traffic? telah mendapat sebanyak 84 undian ketika artikel ini ditulis. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 300 artikel yang berjaya diperlihatkan pada halaman utama laman Negaraku!.
Negaraku! mempunyai PR3, 13,573 pautan kembali daripada Yahoo!, dan kedudukan ke-396,979 di Alexa.