BuddyPress Memperkenalkan Tema Baru

BuddyPress Memperkenalkan Tema Baru

Diterbitkan pada Okt 31, 2008 oleh .

BuddyPress ialah salah satu projek pembangunan daripada pihak Automattik yang mana membangunkan WordPress. Berlainan dengan fungsi WordPress untuk menulis blog, BuddyPress pula lebih kepada fungsi laman sosial.


Laman Percubaan BuddyPress

Walaupun ianya dijangka dikeluarkan pada bulan Disember ini, pembangunan yang dilakukan oleh pihak mereka agak drastik. Malah, ramai pengguna yang telah mencubanya dengan memasang pada server mereka.

BuddyPress Testdrive yang dibangunkan oleh pihak mereka untuk menunjukkan bagaimana BuddyPress bakal kelihatan direkabentuk semula hari ini. Jikalau sebelum ini, antaramukanya agak membosankan dan tidak menarik perhatian, kini ianya berbeza. Mungkin tema yang diguna pakai sekarang akan menjadi tema default ketika ianya dilancarkan kelak.


TIPS & ULASAN