Carian Fail Flash di Google
Adobe dalam kenyataan terbarunya, mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama berkaitan dengan teknologi Flash bersama-sama dengan dua gergasi internet, Google dan Yahoo. Buat masa ini, kedua-dua enjin carian yang digemari ramai ini membolehkan para pengguna membuat carian berkaitan teks, gambar dan video. Dengan kerjasama bersama Adobe, para pengguna dapat membuat carian berkaitan fail-fail SWF melalui Google dan Yahoo.