Akaun Google Anda, Kini Adalah OpenID

Akaun Google Anda, Kini Adalah OpenID

Diterbitkan pada Okt 31, 2008 oleh .

Kini, kebanyakkan web terkemuka sedang mengusahakan untuk penggunaan hanya satu ID dikenali sebagai OpenID untuk semua web yang mengaplikasikannya. Dan terbaru, Google juga mengintegrasikan lamannya dengan OpenID.


Logo OpenID

Mungkin anda tidak mengetahui bahawa anda mungkin telah mempunyai OpenID. Sekiranya anda mempunyai akaun di Yahoo!, anda sudah pun mempunyai OpenID anda sendiri. Dengan penyertaan Google dalam konsep OpenID, anda kini boleh login ke ratusan laman web yang menggunakan OpenID dengan penggunaan hanya satu ID dan kata laluan.

Ramai lagi dijangka untuk menyertai OpenID seperti Windows Live, Facebook dan MySpace.


TIPS & ULASAN