Cari @ Amanz

Mozilla Firefox 3Hari ini, pihak Guinness secara rasminya telah mengumumkan rekod baru yang dicipta oleh pihak Mozilla, iaitu perisian yang dimuat-turun dengan kadar yang tinggi dalam tempoh 24 jam pengeluarannya. Menurut Guinness, sebanyak 8,002,530 perisian Mozilla Firefox 3 telah dimuat turun dalam tempoh 24 jam pengeluarannya.

Penggumuman demi pengumuman yang diberikan oleh pihak Mozilla telah menarik perhatian pelbagai pihak yang akhirnya telah membuka mata pelbagai orang dalam penggunaan perisian sumber terbuka seperti Mozilla Firefox 3. Kadar penggunaan Mozilla Firefox juga telah meningkat pada bulan Jun 2008 dimana 73.51% pengunjung laman aMaNz ini menggunakan perisian Firefox untuk melayari laman web. Sehingga hari ini, Firefox 3 telah dimuat turun sebanyak 167,146 kali hanya di Malaysia sahaja yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28,681,607.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd