MyHeritage Melancarkan Lamannya Dalam Bahasa Melayu

MyHeritage Melancarkan Lamannya Dalam Bahasa Melayu

Diterbitkan pada November 1, 2008 oleh .

MyHeritage, salah satu laman yang menhubungkan talian persaudaraan, hari ini melancarkan laman mereka dalam 9 bahasa baru, termasuk Bahasa Melayu. Ini menjadikan laman mereka menyokong sebanyak 34 jenis bahasa pada ketika ini.


Laman MyHeritage Berbahasa Melayu

Sehingga kini, MyHeritage telah membantu menghubungkan lebih daripada 26 juta keluarga dari seluruh dunia untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain daripada itu, MyHeritage juga memudahkan pencarian ahli keluarga yang terpisah dan mengetahui sejarah keluarga. MyHeritage juga mempunyai teknologi untuk mengetahui persamaan wajah kita dengan beberapa orang selebriti dan memasukkannya secara terus ke laman sosial seperti Friendster dan lain-lain.

MyHeritage mempunyai lebih daripada 280 juta profail pengguna, dan baru-baru ini mereka telah memperolehi laman Kindo.


TIPS & ULASAN