Cari @ Amanz

Pencubaan beta pertama untuk WordPress 2.7 sudah pun dikeluarkan hari ini. Anda kini sudah boleh memuat-turun versi beta pertama WordPress 2.7 dan mencubanya bersama-sama ribuan yang lain yang telah mencubanya.


Antaramuka Menulis Artikel Pada WordPress 2.7

WordPress 2.7 membawa antaramuka panel admin yang baru dengan rekabentuk visual yang lebih menarik. Masih terdapat beberapa antaramuka yang masih belum diintegrasikan secara penuhnya dalam versi beta ini. Selain daripada itu, versi beta ini menyokong penuh pelayar web Firefox dan juga Safari. Ianya masih dibangunkan untuk Internet Explorer dan Opera. IE dan Opera masih boleh digunakan, cuma tidak berapa memuaskan seperti yang dilihat pada Safari dan Firefox.

Versi penuh WordPress 2.7 dijangka akan dikeluarkan pada akhir bulan November ini. Tarikh sebelum ini – 10 November terpaksa ditunda atas sebab-sebab teknikal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd