Cari @ Amanz

Windows 7 yang dipertontonkan kepada orang ramai oleh Microsoft tempoh hari di Professional Developers Conference, hari ini telah menjadi mangsa cetak rompak, apabila ianya kini sudah boleh dimuat turun melalui beberapa laman torrent.

Windows 7

Windows 7
yang diedarkan oleh Microsoft kepada para pembangun pada tempoh hari merupakan pandangan pertama Windows 7 yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Peringkat beta pertama akan dikeluarkan pada awal tahun depan dan Windows 7 dijangka menemui para pengguna pada 2010. Walaupun Windows 7 masih belum memasuki peringkat beta, ianya stabil dan lebih mesra pengguna berbanding dengan Windows Vista.

Melalui Mininova, Windows 7 versi 32 bit mempunyai lebih daripada 400 orang pengguna sedang memuat-turun fail yang bersaiz lebih kurang 2.72 Gb sejak 14 jam yang lalu (ketika artikel ini ditulis). Walaubagaimanapun, ramai yang terlupa akan ianya adalah versi pembangun, yang mana masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan sebelum seorang pengguna biasa menggunakannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd