Cari @ Amanz

Nuffnang hari ini mengalami masalah besar sejak dilancarkan, iaitu masalah berkait rapat dengan pangkalan data (database) mereka. Sejak pagi tadi lagi masalah ini telah dikenalpasti, dan mungkin pihak Nuffnang sedang sedaya upaya memperbaiki pangkalan data mereka.


Paparan Skrin Laman Nuffnang Pada Waktu Pagi


Paparan Skrin Laman Nuffnang Yang Di Ubah Pada Waktu Petang

Selain daripada itu, iklan juga tidak kelihatan di laman-laman yang memaparkan iklan Nuffnang, yang mana mengakibatkan ramai penggunanya kerugian untuk sepanjang hari ini. Selain daripada laman utama, blog dan juga sistem pengiklanan mereka, laman Innit yang ala-ala laman Negaraku! juga tidak boleh diakses.

Walaubagaimanapun, laman Nuffnang Singapura dan juga Filipina masih boleh diakses oleh para penggunanya. Sebelum ini, Advertlets pernah menghadapi masalah besar apabila domain mereka luput tarikhnya tanpa disedari pada awal tahun ini.

Kemaskini : Nuffnang Malaysia kembali pulih pada lebih kurang pukul 9.00 malam dan perkara ini diterangkan oleh pihak Nuffnang sendiri melalui blog mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd