Yahoo! Menamatkan Perkhidmatan Y! Live

Yahoo! Menamatkan Perkhidmatan Y! Live

Diterbitkan pada November 4, 2008 oleh .

Selepas memulakan servis pada awal bulan Februari yang lepas, kini Yahoo! mengumumkan bahawa ianya bakal menamatkan perkhidmatan Yahoo! Live miliknya.


Servis Siaran Langsung dari Yahoo [via]

Servis Yahoo! Live ini akan dihentikan sepenuhnya pada 3 Disember 2008, dan sebab utama menghentikan servis tersebut masih tidak diketahui. Walaubagaimanapun, beberapa sumber mengatakan bahawa Yahoo! Live tidak dapat bersaing dengan beberapa pesaing yang lain seperti Justin dan juga Ustream.

Sebagai contoh, baru-baru ini, UNiSEL menggunakan perkhidmatan Justin untuk menyiarkan secara langsung Istiadat Konvokesyen UNiSEL berbanding menggunakan perkhidmatan yang lain. Ternyata Y! Live bukan menjadi pilihan utama pengguna pada masa kini.


TIPS & ULASAN