Cari @ Amanz

Google Affiliate Network

Disebabkan beberapa sebab yang tidak diketahui, pihak Google akan menamatkan perkhidmatan Adsense Referral yang diperkenalkan tidak lama dahulu. Program ini akan ditamatkan pada akhir bulan Ogos 2008 ini. Ianya tidak diketahui mengapa tindakan ini diambil oleh pihak Google, tetapi daripada pandangan kebanyakkan orang yang pernah menggunakan Adsense Referral mengatakan bahawa Adsense Referral kurang membayar berbanding dengan Google Adsense itu sendiri.

Dalam perkembangan yang sama, Google juga memperkenalkan laman baru iaitu Google Affiliate Network yang mempunyai fungsi sama seperti Google Adsense Referral. Google Affiliate Network dahulunya dikenali sebagai DoubleClick Performics.

Sekiranya laman anda masih mempunyai kod-kod Adsense Referral, anda dinasihatkan menukarnya kepada kod Adsense biasa sebelum akhir bulan Ogos ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd