Mozilla Memperkenalkan Fungsi Private-Browsing

Mozilla Memperkenalkan Fungsi Private-Browsing

Diterbitkan pada November 5, 2008 oleh .

Pada September yang lalu, Mozilla menjanjikan mereka bakal memperkenalkan fungsi melayari web secara peribadi (private-browsing), yang mana melaluinya, data-data anda hanya akan disimpan untuk sementara waktu sahaja, dan akan dipadam sepenuhnya sebaik sahaja anda menutup tetingkap pelayar web berkenaan.


Fungsi Private-Browsing Di Perkenalkan Mozilla [via]

Untuk mula menggunakannya, anda hanya perlukan versi pembangunan Mozilla Firefox yang terkini, dan seterusnya memilih Private-Browsing melalui tab Tools. Anda akan diminta untuk memulakan semula (restart) pelayar web anda untuk memulakan sesi preivate-browsing. Fungsi ini dijangka dikeluarkan secara rasmi melalui Firefox 3.1, tetapi anda boleh mencubanya sekarang dengan memuat-turun versi pembangunan terkini.


TIPS & ULASAN