Cari @ Amanz

Salah satu fungsi pada Windows 7 yang dirahsiakan oleh pihak Microsoft adalah Desktop Slideshow. Fungsi ini disembunyikan oleh Microsoft daripada salinan percubaan Windows 7 yang diberikan kepada pihak pembangun pada PDC dan juga daripada ribuan orang yang berjaya memuat-turun Windows 7 melalui laman torrent.

Melalui Desktop Slideshow, pengguna boleh menikmati imej wallpaper yang berubah-ubah dari masa ke semasa, dengan memilih gambar kegemaran anda daripada folder yang mempunyai koleksi gambar, atau menyusun gambar-gambar anda daripada folder-folder yang berlainan.

Pada Windows 7 Pre-Beta 6801 yang diedarkan kepada para pembangun di PDC, fungsi ini telah dikunci, dan boleh digunakan dengan hack sedikit perkara. Walaubagaimanapun, fungsi ini dijangka akan dibuka secara default ketika pelancaran Windows 7 secara rasmi pada awal tahun 2010.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd