Serlahkan Perasaan Anda Melalui Happy-O-Meter

Serlahkan Perasaan Anda Melalui Happy-O-Meter

Diterbitkan pada July 4, 2008 oleh .

Inovasi demi inovasi diperkenalkan oleh pihak Nuffnang dari masa ke semasa. Selepas kejayaan Nuffnang Innit, kini Nuffnang memperkenalkan Happy-O-Meter dengan kerjasama daripada pihak Happy (DiGi).

Happy-O-Meter
Contoh Penggunaan Widget Happy-O-Meter

Apa yang istimewanya, melalui widget Happy-O-Meter, para pengguna boleh memperlihatkan perasaan semasa mereka melalui widget tersebut. Ini sekaligus membolehkan para pembaca memahami perasaan seseorang blogger itu.

Mungkin pihak Nuffnang boleh mempertingkatkan keupayaan widget ini dengan membolehkan para pengguna mengemaskini status mereka dengan lebih pantas seperti menggunakan SMS. Ini adalah, ianya mengambil masa yang agak lama untuk log masuk ke panel pengguna untuk menukar status kita. Hal ini kerana, sekiranya pada sesuatu masa, kita bersedih, jarang kita memasuki talian (online).

Walaubagaimanapun, ianya merupakan satu inovasi hebat daripada pihak Nuffnang kepada para penggunanya.


TIPS & ULASAN