Microsoft hari ini memperkenalkan program BizSpark yang mana membolehkan syarikat-syarikat baru menggunakan perisian percuma daripada Microsoft termasuk platform server Windows termasuk juga Windows Azure yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Pelancaran BizSpark di Malaysia
Untuk menyertai program ini, anda hanya perlu mempunyai syarikat pembangunan aplikasi yang mana telah beroperasi kurang daripada 3 tahun, dan mempunyai pendapatan kurang daripada USD$ 1 juta setahun. Ianya percuma untuk menyertai BizSpark, tetapi anda perlu membayar USD$ 100 ketika keluar daripada progam ini.
Ianya masih tidak diketahui bagaimana Microsoft bakal membuat duit melaluinya. Walaubagaimanapun, anda boleh memuat-turun panduan ringkas mengenai BizSpark untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program BizSpark ini.