Pada bulan Jun yang lepas, Google mengumumkan kerjasama strategik mereka bersama dengan Yahoo!. Namun begitu, hari ini, Google mengumumkan bahawa mereka telah menarik diri daripada perjanjian strategik mereka itu.
Melalui perjanjian tersebut, Google dijangka akan menyediakan platform pengiklanannya kepada Yahoo!, selain menyediakan iklan yang lebih relevan pada hasil carian enjin Yahoo!. Walaubagaimanapun, selepas 4 bulan mengumumkan kerjasama mereka, Google dan Yahoo! menerima tekanan hebat daripada pelbagai pihak yang menjadikan kerjasama mereka terpaksa berkubur. Selain daripada itu, Google juga terpaksa akur dengan tekanan daripada pihak pengiklan, supaya mereka secara terus menggunakan platfrom Google untuk pengiklanan dalam internet.