Boot : Windows 7 Lebih Pantas Daripada Vista

Boot : Windows 7 Lebih Pantas Daripada Vista

Diterbitkan pada November 7, 2008 oleh .

Windows 7

Hari demi hari, pelbagai info terkini mengenai Windows 7 diperkenalkan oleh pihak Microsoft sendiri, dan terbaru adalah mengenai masa boot-nya. Windows 7 dikatakan mempunyai masa boot yang lebih pantas daripada Windows Vista, dan perkara ini dibuktikan sendiri oleh Microsoft pada Windows Hardware Engineering Conference di Los Angeles.

Pada Windows 7, masa loading untuk segala aplikasi adalah selari, dan ianya hanya memulakan aplikasi-aplikasi yang digunakan dan yang penting sahaja. Ini secara langsung mengurangkan masa loading serta mengurangkan penggunaan memori. Walaubagaimanapun, di makmal kajian Windows 7, Microsoft masih mengusahakan untuk membolehkan Windows 7 boleh dimulakan dalam masa 15 saat sahaja.


TIPS & ULASAN