MySpace Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Baru

MySpace Bakal Memperkenalkan Rekabentuk Baru

Diterbitkan pada June 15, 2008 oleh .

MySpace yang dinaungi oleh News Corp telah bersedia dan akan mengubah rekabentuk laman mereka pada minggu ini. Walaupun tidak akan mengubah laman tersebut secara drastik, ianya akan mengubah serba sedikit antaramuka dan rekabentuk laman mereka. Dan ini dijangka berlaku pada hari Rabu ini.

MySpace TV PlayerAntara perubahan drastik yang dijangka berlaku adalah pada laman MySpace TV, dimana mereka akan memperkenalkan pemain terbaru untuk memainkan video mereka. Rekabentuk pemain terbaru mereka lebih menyerupai kepada pemain YouTube yang terdahulu, selain memberi pengguna menonton video pada definisi tinggi selain membolehkan pengguna menonton menggunakan full screen. Walaupun laman MySpace TV tidak setanding YouTube mahupun Google Video, pihak MySpace masih mencuba untuk menandingi mereka.

Selain daripada itu, MySpace juga akan menaik taraf tool untuk mengubah profil pengguna dimana pakar HTML boleh menggunakan kepakaran mereka dengan mengubah suai rekabentuk laman profil mereka.

Walaubagaimanapun, saya berharap agar pihak MySpace akan lebih memberi perhatian kepada rekabentuk mereka dengan menyediakan antaramuka yang menarik selain mengurangkan gangguan iklan yang kurang menyenangkan.


TIPS & ULASAN