Cari @ Amanz

Kini, keadaan Yahoo! kelihatan tidak begitu menentu setelah Google menarik diri daripada menyediakan pengiklanan kepada hasil carian Yahoo!. Masa depan Yahoo! juga kelihatan gelap apabila saham mereka mencecah harga USD$13.92 pada hari ini (ketika artikel ini ditulis).

Di Summit Web 2.0, Jerry Yang, CEO Yahoo! telah mengumumkan bahawa ianya adalah perkara baik sekiranya Yahoo! dibeli oleh Microsoft pada ketika ini, dan mereka telah bersedia untuk menjual syarikat mereka pada sebarang harga.

Pada bulan Mei yang lalu, Yahoo! telah menolak tawaran Microsoft untuk membeli laman mereka dengan harga USD$33 untuk satu saham (harga saham Yahoo! ketika itu adalah USD$28.67), dan kini harga saham Yahoo! adalah hanya USD$13, yang mana menunjukkan kesan ekonomi disamping pembangunan Yahoo! yang berkurangan. Beberapa sumber tidak rasmi mengatakan Yahoo! dalam perbincangan untuk menjual syarikat mereka dengan kadar antara USD$17 hingga USD$19 sesaham dengan Microsoft.

Yahoo! dijangka bakal memperkenalkan rekabentuk laman yang baru lebih menyerupai iGoogle, disamping telah menutup beberapa servis baru-baru ini. Walaubagaimanapun, Yahoo! masih mempunyai laman perkongsian foto terbesar – Flickr, dan pengguna servis emelnya yang ramai, disamping laman MyBlogLog dan del.icio.us.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd