Cari @ Amanz

Google hari ini telah mengeluarkan StarOffice daripada Google Pack sekaligus meningkatkan penggunaan Google Docs-nya yang baru dinaik-taraf. Sebelum ini, Google memperkenalkan StarOffice daripada Sun Microsystem, yang mana dijual oleh pihak Sun Microsystem pada harga lebih kurang USD$70.


Pilihan Memuat-Turun Aplikasi Secara Percuma Melalui Google Pack

Perkara ini mungkin berkait rapat dengan misi Google untuk memberikan pengalaman menggunakan cloud computer dan sementara mengurangkan pengantungan kepada aplikasi desktop. Mungkin ianya juga salah satu persediaan Google untuk bersaing secara sihat dengan Windows Azure. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih memerlukan aplikasi pejabat untuk desktop anda, anda boleh mencuba OpenOffice.org yang mana dibangunkan daripada kod sumber StarOffice.

Satu perkara menarik ialah, Google masih belum menambah Google Chrome dalam koleksi Google Pack, yang mana pelayar web merupakan satu-satunya komponen utama dalam cloud-computing. Google Gears juga masih belum kelihatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd