Cari @ Amanz

YouTube yang dilancarkan pada 2005, merupakan laman video nombor satu didunia. Walaubagaimanapun, kini Hulu yang dimiliki oleh NBC dan Fox mula mencuri penonton dan juga pengiklan ke laman mereka. Untuk mengatasi perkara ini, hari ini YouTube telah mengumumkan kerjasama dengan Metro-Goldwyn-Mayer Studios (MGM) yang mana akan menyediakan episod penuh termasuk beberapa filem penuh dilaman YouTube.


Antaramuka Laman YouTube Screening Room

Metro-Goldwyn-Mayer Studios akan memulakan kerjasama mereka dengan memuat-naik episod daripada beberapa siri lama seperti American Gladiators ke dalam YouTube, termasuk beberapa filem penuh seperti Bulletproof Monk dan The Magnificent Seven serta juga beberapa klip pendek daripada filem-filem popular seperti Legally Blonde. Video-video ini adalah percuma untuk ditonton, dimana iklan akan dijalankan pada video-video berkenaan dalam suatu cara yang tidak menggangu pengguna.

Sebelum ini, YouTube melancarkan Screening Room dimana menghimpunkan beberapa video dan filem-filem indie di laman YouTube. Mungkin platform yang sama akan digunakan untuk turut sama memasukkan filem-filem daripada studio-studio perfilemen yang besar seperti MGM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd