Cari @ Amanz

Sama seperti keluaran sebelum ini, Diablo 3 adalah permainan aksi RPG (Role-Playing Game). Walaupun permainan yang terbaru memerlukan DirectX 10 untuk bermain yang mana hanya terdapat pada Vista, pihak Blizzard Entertainment telah mengumumkan ianya bukan satu keperluan. Ini bermakna, para pengguna yang menggunakan DirectX 9c masih boleh bermain permainan ini.

Diablo 3
Wallpaper Diablo 3

Buat masa ini, dua daripada lima watak telah di umumkan, iaitu Barbarian dan Witch Doctor. Berlainan dengan versi sebelumnya, melalui Diablo 3, pemain boleh memilih samaada inginkan watak lelaki atau wanita.

Diablo 3
Contoh Antara Muka Diablo 3

Walaupun masih tidak diketahui tarikh pelancarannya, Blizzard Entertainment telah menunjukkan demo permainan Diablo 3 pada 28 Jun 2008.

Diablo 3
Contoh Antara Muka Diablo 3

Diablo 3 mengisahkan dunia yang 20 tahun sebelumnya telah diselamatkan oleh pewira-pewira terdahulu. Walaubagaimanapun, disebabkan beberapa perkara, dunia menjadi tidak aman kembali dan ianya terletak pada tangan generasi baru untuk menyelamatkan dunia ini daripada kejahatan.

Diablo 3
Contoh Antara Muka Diablo 3

Walaubagaimanapun, para pemerhati berkata permainan Diablo 3 ini lebih menyerupai permainan WarCraft disebabkan oleh kaedah pewarnaannya. Diablo terkenal oleh kerana “kegelapannya” dan oleh kerana Diablo 3 nampak bewarna-warni, ianya menerima beberapa kritikan awal.

Diablo 3
Contoh Antara Muka Diablo 3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd