MSN Toolbar Di Edar Bersama Java Runtime Environment

MSN Toolbar Di Edar Bersama Java Runtime Environment

Diterbitkan pada November 11, 2008 oleh .

Dalam usaha meningkatkan pengguna enjin cariannya, Microsoft hari ini mengikat perjanjian dengan Sun Microsystem, dimana toolbar MSN – Live Search akan diedarkan bersama-sama dengan aplikasi Java Runtime Environment milik Sun Microsystems bermula daripada 10 November.

Kerjasama Microsoft bersama Sun Microsystem ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penggunaan LiveSearch dan sekaligus menambahkan penguasaan Microsoft pada penggunaan enjin carian. Walaubagaimanapun, kerjasama ini pada masa sekarang hanya ditujukan kepada pasaran US sahaja. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 800 juta pengguna Java Runtime Environment diseluruh dunia, dan tentunya ia akan memberikan impak yang tinggi pada Microsoft sekiranya kesemua penggunanya menggunakan LiveSearch.


TIPS & ULASAN