Fungsi Menterjemaah Laman Web Pada Google Reader

Fungsi Menterjemaah Laman Web Pada Google Reader

Diterbitkan pada November 11, 2008 oleh .

Google hari ini mengintegrasikan fungsi Google Translate ke dalam Google Reader-nya sekaligus memudahkan pembacaan blog-blog dalam bahasa kegemaran anda. Kini anda boleh menterjemaah sesebuah laman web dengan hanya satu klik sahaja, tanpa perlu ke sebarang laman web yang lain.


Pilihan Menterjemahkan Sesebuah Laman Web Pada Google Reader [via]

Ratusan blog diluar sana yang mempunyai kandungan yang menarik, tetapi sayangnya ia ditulis menggunakan bahasa yang tidak difahami oleh semua orang. Dengan teknologi ini daripada Google, ianya amat memudahkan pengguna untuk mengikuti sesuatu blog yang berlainan bahasa dengan amat mudah, sekaligus menambahkan pembaca setia bagi sesebuah blog itu.


TIPS & ULASAN