Cari @ Amanz

Google Gears versi Yahoo!, Browser Plus, yang mana membenarkan penggunaan aplikasi web di desktop anda, hari ini memperkenalkan dua lagi fungsi menarik hari ini iaitu PhotoDrop dan juga notifikasi desktop.


Fungsi PhotoDrop Yang Di Perkenalkan Yahoo! Melalui Browser Plus

Melalui PhotoDrop, anda boleh memuat-naik gambar dengan amat mudah. Ianya amat berguna sekiranya anda merupakan pengguna yang sering memuat-naik gambar ke Flickr, atau sebarang khidmat hos gambar. Desktop Notification pula memberi makluman kepada pengguna mengenai sebarang perubahan yang berlaku atau sebarang perkara penting.

Browser Plus menyokong platform Windows XP, Vista dan juga Mac OSX serta perlulah menggunakan pelayar web IE6, IE7, Mozilla Firefox 2.x, Mozila Firefox 3.x, Google Chrome, dan juga Safari 3.x. Buat masa ini, Minefield dan Opera masih tidak disokong.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd