Google Memperkenalkan Fungsi Video Chat Pada GMail

Google Memperkenalkan Fungsi Video Chat Pada GMail

Diterbitkan pada November 12, 2008 oleh .

Sebelum ini memang amat jarang sekali saya menggunakan GMail chat yang disediakan pada aplikasi emel Google. Walaubagaimanapun, perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi. Google telah memperkenalkan fungsi video dan audio chat hari ini sebagai tambahan kepada GMail chat.

Untuk mula menggunakan fungsi video chat pada GMail, anda hanya perlu memuat-turun plugin khas, dan memasangnya. Itu sahaja dan perkara selebihnya akan diuruskan oleh Google. Untuk memulakan video chat, anda hanya perlu klik pada “Video & more” dibahagian bawah GMail anda, dan seterusnya anda sudah boleh mulakan video chat anda dengan mudah.


TIPS & ULASAN